Tuesday, December 31, 2013

Botol Kebahagiaan 2014

Assalamualaikum.. Salam Final Exam :)

Kejap je mase berlalu. Rase macam baru je masuk Sem 5, belajar pon paham tak paham je, tup tup dah final exam. Arghh, gelabah weyh. Even dah taktaw berape kali amik exam, tapi nervous die tetap same. Tak penah berkurang, tapi makin bertambah ade la.. Nak nak killer paper.. Fuhh.. Bace tak paham, tak bace konfem tak boleh jawab. Usaha kene tetap usaha, Allah pon dah cakap, Dia takkan mengubah nasib sesuatu kaum tu melainkan kaum tu sendiri yang berusaha untuk mengubahnya. So, gambatte! Janji Allah itu pasti, kawan :)

Sem 5 di penghujung, 2013 pon menunggu mase untuk meninggalkan kita. Segala kenangan pahit dan manis akan tetap terpahat sebagai memori. Nak tak nak, memang tak boleh nak padam ape yang berlaku kat kite sepanjang setahun ni. Semoga tahun baru, 2014 akan menjadikan kita seorang yang lebih kuat. Kuat untuk meninggalkan segala kepahitan, kuat untuk melepaskan segala kemanisan yang mungkin tidak akan berulang lagi.. *ayat makan dalam* haha...

Esok dah 1 Januari, so malam ni let's countdown!!! Yeay!! Ajak pakwe, ajak makwe, ajak kawan kawan!! .. Ceh, berangan. Takpayah nak countdown sangatlah, awak tu kene study.. *sobs sobs*.. Actually, tak perlu pon nak countdown semua tuh. Kalau tak countdown pon, konfem konfem 12 malam tu memang ade. Kau tunggu ke, kau tak tunggu ke, mase tetap bergerak, berlalu, tanpa menunggu kau walau sesaat pon. Panjatkanlah kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana saya dan awak awak masih diberi kesempatan untuk bernafas dan menikmati tahun 2014 esok.



So, macam biaselah, ape azam awak awak? Saya?? Saya nak naikkan pointer saya, nak recover balik pointer yang jatuh teruk sem lepas *crying* .. Saya dah janji dengan mak,ayah, maksu.. Insyaa Allah, saya akan cube study hard and smart.

Dalam mase 365 hari, korang ingat tak ape yang buatkan korang hepi? Jenuh nak mengingat. Memang aku tak ingat. Tapi rase macam rugi la kite tak ingat bende yang boleh buatkan kite senyum bahagia. So, ape kate, start esok, first day in 2014, letak satu botol atas meja study ( for student) atau meja solek (for married). Botol tu nanti akan jadi botol kebahagiaan korang!!! Yeay!!  *gedik*.. Macamane? Setiap hari yang korang lalui nanti, bila ade bende yang happy kan korang, even bende tu happy yang biase biase je, korang tulis dalam kertas, then masukkan kertas tu dalam botol kebahagiaan. At the end of the year nanti, baru korang kosongkan botol tu dan tengok ape yang buat korang bahagia... Waa!!! Mesti best kan? Tetibe flashback kenangan kenangan manis. At least, kita bersyukur nanti yang kita ni tak selalunya diduga dengan bende bende yang sedih jew. Allah itu kan Maha Adil :)


Selamat mencuba. Sharing is caring. ^____*

Sincerely, 
Gogos. 

Saturday, November 9, 2013

My Man of Steel

Assalamualaikum... Hye, salam sejahtera to all :)

Just wanna tell the world that yesterday was my father's born day :)
It is 8th of November ..

My soul :) 
Dah 49 tahun dah rupenye ayah saya nih.. I'm proud of you, my man.. Ofkos la kan, semua orang akan bangga dengan ayah sendiri, baik or buruk die, he's still our own father.. Dia yang mencari nafkah untuk menyara keluarga, berpenat lelah siang dan malam hanya untuk sebuah kebahagiaan, supaya keluarganya dapat makan dan pakai yang cukup, dapat berteduh di bawah teduhan yang selesa.. Supaya keluarganya tidak mengeluh apabila melihat kelebihan yang ada pada keluarga yang lain.. Dengan didikan dan corak yang tersendiri, kita akan merasa cukup dan bersyukur dengan apa yang dianugerahkan kepada kita walaupun pada zahirnya kita terkurang daripada orang lain, tetapi kebahagiaan itu subjektif.. Hakikatnya, kekayaan bukanlah sebuah kebahagiaan.. Ada orang yang tak berharta lebih bahagia daripada orang yang kaya raya.. Kebahagiaan itu yang mendorong kepada sebuah kekayaan. *pikirla sendiri*

Dia mendidik saya supaya menjadi seorang yang menghormati kepada yg lebih tua serta yang muda, merendah diri dalam apa jua keadaan, bersyukur dengan apa yang ada, bersabar dalam setiap dugaan, membantu someone yang memerlukan pertolongan, kerana kita tak tahu bile mase kita susah nanti, ade ke tak orang yang boleh tolong kita.. jangan terlalu mengejar dunia sehinggakan tercicir akhirat kita..

Boleh dikatakan mak ngan ayah kite nih dah corak kite dengan sebaiknye dah.. Tapi kite jew yang kadang-kadang salah membuat pilihan, sama ada dipengaruhi atau mempengaruhi. Mungkin silapnya kita sendiri, bukan salah mereka secara keseluruhannya.. So, decide la jalan hidup kita sebaiknya..


Anak First yang manja :)
Last but not least, Selamat menyambut hari lahir, my ayah.. Tabah lah dalam menghadapi segala ujian dan perangai pelajar-pelajar dan guru-guru yang bermacam-macam kerenah di sekolah tu.. Pasti akan ade manusia yang ingin menjatuhkan kite kerana sifat iri hati diorang.. Manusia takkan berpuas hati selagi ape yang mereka inginkan tak tercapai.. Kerana sifat manusia itu sendiri yang tamak dan cemburu dek kerana nafsu mengaburi mata mereka.. Harap segalanya selesai dengan cara yang aman dan damai antara satu sama lain..

kadangkala, apabila kita berdiam diri, ada pula manusia yang memijak kepala kita, tetapi apabila kita melawan, kita dikatakan kejam dan lupa diri.. Lumrah hidup, semestinya begitu.. Hanya dengan iman dan kesabaran sahaja boleh menjadikan manusia itu kuat menghadapi ujian dan dugaan yang sebegini..

< Sebagai seorang anak, aku sangat-sangat sedih bila ada manusia yang sanggup menjatuhkan ayah aku sedangkan di depan kami sekeluarga, mereka berpura-pura baik.. Rupenye kebaikan mereka hanyalah untuk mengaburi mata kami semata-mata.. Dengan itu, mereka dapat dekat dengan keluarga kami dan mencari kesalahan ayah aku.. Aku cuma berharap suatu masa nanti, mereka akan sedar...  >

That's why i called my father, Man of Steel...  ^__^

Saturday, October 19, 2013

Cun Tapi Sombong :P

Assalamualaikum, Salam sejahtera ....
Tonight was a terrible night for me and my friends.. 
Terrible?? Sebabnye aku ni jenis yang susah jugak nak menyumpah orang sesuke hati aku.. 
Yelah, bende tak elok. Tapi malam ni aku failed.. Fail sebabnye aku termenyumpah jugak kat Fesbuk sebab marah yang amat sangat.. 
Ya Allah, free free je kan dapat saham? Astaghfirullahal 'azimm.. Gini la manusia, marah sikit jew Fesbuk, kecewa sikit twitter, tak puas hati pulak berjela-jela post kat blog..
Ye, malam ni aku pon buat bende yang sama.. Sebab marah, sebab tak puas hati dan kecewa dengan sikap manusia yang memilih bulu ( what i means here is pangkat, kedudukan, jantina )..  

Dah jadi lumrah, bile kutub yang same, tak akan pernah bercantum, right? Canggih mane pon teknologi, Kutub Utara tetap akan tertarik dengan Kutub Selatan jew.. Gitu la jugak kalau spesies homosapiens (manusia) nih.. 
Perempuan dengan perempuan jarang sekali boleh berkomunikasi dengan baik sesama sendiri.. Paham kan?? 
Straight to the point, kali ni aku nak share pasal servis layanan perempuan kepada perempuan.. aku taktaw la pulak lelaki dengan kaum kerabat diorang macamane layanannya, tapi for sure, kalau perempuan dengan lelaki, layanan die memang tip top la kannn (ayat tak puas hati).. Lelaki dengan perempuan pon okey jew.. 

Aku ngan member member pegi makan kat satu kedai nih.. Ade bende yang aku mengidam kat situ.. And first time jugak la aku masuk situ.. Expectation aku kat kedai tu memang high.. Tu yang aku ajak member gi makan kat situ.. Punye la sipu-sipu malu kami masuk kedai tu, ramai sangat puak puak lelaki kat situ.. Kami semua nak makan burger, so aku gi order burger kat depan.. Tapau nak makan kat hosel. Then kami masuk dalam cari tempat duduk, sambil tunggu burger siap, kami nak minum. 

Situasi pertama ---> Datang la sorang awek cun giler nak amik order kami.. Dah siap order air ape yg nak kami minum, boleh pulak awek ni tanye, "Minum je ke??" dengan suara yang kalau korang dengar, die macam nak cakap, "Kalau setakat nak minum air je baik takyah datang sini beb!"... Sentap kami dengar soalan awek nih.. Member aku bagitaw die kitorang da order kat depan.. Then die terus blah dengan muka yg takleh blah..Huh, temperature kami dah naik 5 darjah celsius daripada temperature asal kami.. 

Situasi kedua ---> Then, datang la pulak waitress lagi sorang nak ngantar air yg kami pesan.. Ni waitress lain pulak, gemok sikit.. Die datang letak air macam die nak campak jew.. Sebab dari jauh die letak.. Hinggakan member aku pulak yang kene pegang, macam dah nak terbalik je air tu. Better ko baling je dari jauh air tu akak oiii.. tak pun panggil je kitorang amik air tu sendiri, so takdela sentap sangat.. Tapi elok pulak die hantar air kat lelaki.. Letak kemain lagi sopan santun, lemah lembut.. ni yang lagi mendidih hati kitorang..

Situasi ketiga ---> Ni mase kat cashier, awek first yg ambik order kitorang tadi yg jage situ.. Muke die tak senyum langsung, pandang kitorang apetah lagi.. Memang tak lah.. Taw la aku ni tak cantek, aku tak suruh pon kau tatap, tenung dan hadap muke aku lame lame, but at least senyum la sikit, pandang kejap pon jadik lah sebab ko kan nak ambik duit daripada orang.. Ni main hulur je tangan, baik majikan ko ambik robot je jadi cashier, lagi bagus.. Robot pun mungkin akan cakap terima kasih, daripada kau diam membisu seribu bahasa.. 

Aku paling la menyampah kalau pelayan perempuan boleh menggedik gedik ngan pelanggan lelaki, layan elok jew, tip top, muka manis serta merta, tapi bile dengan pelanggan perempuan, boleh pulak buat muka kerek, muka sombong, rase nak penampau jew.. Ikutkan hati nak je report kat majikan kau tu. Tapi takdela aku ni kejam sangat nak buat cenggitu, but at least tolong la pandai hormat orang tak kira sape orang tu.. Ni tak pepasal dah berkurang orang nak jejak kedai tuh.. Aku pon takkan pergi dah kedai tu.. Ni la first and last time aku gi situ.. Kalau awal-awal taw macam ni, memang tak pegi pon.. 

Orang cakap, cantik belum tentu baik. Yang baik tu tak semestinya yang cantik jew.. Cantik luar, dalam belum tentu.. Selagi kite tak kenal someone tu, kite tak berhak nk judge die.. Kalau tak, takdela pepatah Melayu; tak kenal maka tak cinta. Dah kenal hati budi baru la boleh buat keputusan nak judge orang, ye dok?? 

Okey la, its time for sleep.. Goodnight everyone :) 

Yang kurik kundi, 
Yang merah saga, 
Yang Baik itu budi, 
Yang Indah itu bahasa .. 

P/s : Budi bahasa, budaya kita. 



Bile rase nak sombong, ingatlah bahawa senyum itu satu sedekah :) 
Senyum lah selalu... 

Monday, October 7, 2013

Minyak Tak Ade :/

Assalamualaikum... Salam Sejahtera  :)

Long time no see ya... It's sooooo soooo long... :(
How I missed my Blog damn much...
Tak menyempat nak update..
Sebab tak larat nak bayar Berudband Maxis tuh... haha..

Okey, so ceghite die hari nih...
Today was a good day for me..
Hah!! Good ke?? emm, so far so good lahh...
The experience was good :)

Story die bermula dengan Suksis.. Yes, kami semua dapat arahan untuk serahkan penyata nombor akaun bank kami kepada jurulatih before this Wednesday.. As you know, Suksis (sukarelawan polis siswa/i) kan dapat ELAUN... Bile dengar je ELAUN, macam waaahhhh!!! Heaven giler.. Best nye masuk Suksis, dpt elaun.. haha.. jangan terpedaya dengan semua tuh.. memang la dapat elaun,, tapi biase larr, lambat2 sikit.. dah lame dah kami2 menunggu elaun yg tak kunjung tiba tuh masuk bagai air dalam akaun kami... Mungkin rezeki kami dah nk masuk tak lama lagi nih... best best!! *lompat lompat*

Aku tengok diorang dah ramai yg bagi penyata nombor akaun kat wakil Skuad kami.. Ramai yg merungut sbb depa semua tak ingat depa letak kat mane buku akaun / penyata asal yg diorang dah ade.. Aku?? Memang bukan Ecah la name die kalau tak lupe kan... haha.. Aku pon same lupe mane la aku letak bendalah tuh.. 98% di antara kami yg guna Bank Islam, aku sorang jew yg guna Bank yg kepala Harimau tuh.. Bank Islam tak heranlah, sebab memang wujud kat UniSZA nih, so dorang blh gi amik penyata kat situ jew, but me?? Terpaksa la ke Bandar Kuala Terengganu semata-mata untuk penyata nombor akaun yg seciput tuw jew.. macam tak berbaloi.. So, I decided to go there by today because hari nih je yg free.. Lagipon semalam Ummi call, duk bebel pasal nombor Maxis aku.. Mahal katenye nak call sebab anak die pakai Celcom.. Nombor Maxis tu ade, tp dah kene block.. So, alang-alang kangkung, terus la settle semua bende hari ni terus.. Malas nak pikir dah lain kali..

So, sewe la kereta ngan sorang student nih.. Kereta sewe, biase la kan kalau meter minyak tu duk kelip kelip.. biasenye ade minyak lagi.. So, sedap la berlengah-lengah, lambat-lambat g buh minyak.. Sempat lagi hantar Sue (my roomate) pegi Klinik, pegi amik buku dgn Azzi.. Dah settle sume bende dlm U nih, so nak gerak g bandar dah.. Berdua je dgn Farah sbb yg lain ade kelas..

Suddenly  :
Farah : Kuatnye bau..
Aku : Bau?? Bau ape Farah?? Perfume ke?? Ecah tak bau pon?? *curious*
Farah : Emm,, bau mcm petrol..
Aku : Ooo yeah?? (At the same time aku kembang2 kan hidung nak amik bau jugak sbb aku mmg tak bau pape pon mcm yg Farah ckp tu...) And then,
Aku : Haah la Farah, ecah pon bau petrol.. Kuatnye bau die.. (Dalam hati, kenape ye?? Leaking ke?? ish, risau pulak ngan kereta nih.. ke rosak?? ) *but muke maintain cool je lagi*
But then, I felt weird. Like something is wrong somewhere.. And then automatically aku rase ape yg aku pikir tu betol..
Aku : Eh eh,, minyak takde laaa *suara cool and langsung tak panic*  
Cepat cepat aku ke tepi, parking elok elok supaya tak ganggu laluan orang.. Alhamdulillah, elok je aku parking, kereta tu terus mati tanpa segan silunye.. Tapi Farah yang panik dulu, haha.. aku tergelak tengok Farah..

Otak dah ligat nak cari mangsa untuk mintak tolong.. Pikir punye pikir ,aku mintak tolong ngan member yg aku agak agak tengah takde kelas time tuh.. First, call Huzaimi, mamat tu tak mandi lagi.. then mintak tolong Alip, nasib baik laaa Ya Allah... Tggu alip punye la lame.. Smpai Farah dah berpeluh-peluh kepanasan.. Tapi Alhamdulillah,, problem settled... Lega, Alahamdulillah.. Alip pesan suruh terus g buh minyak, dah masuk minyak 20 hengget pon, still lagi meter minyak tu tak reti reti nak naik.. Duk kelip kelip situ jugak...Farah dah mengamok-ngamok dah.. Aku gelak jew la yg mampu..

On our way :
Farah : Ecah, ko nih!! Takde perasaan betol la.. Minyak takde pon ko boleh lagi muke Cool jew.. rilex.. aku yang gelabah, aku dah ingat aku yg kene tolak kereta nih..
Aku : hahahaha... dahtu ko nk suh aku buat muke camane Farah oii?? dah memang muke aku ginie..
Farah : Huh, bagus la aku duk sebelah org yang tak panik nih...

After kejadian tuh, aku asyik kene kutuk jew ngan farah... katenye, (Ehh ehhh, minyak takde laaa) .. hahaha... Balik2 jew Farah cepat jew citer kat roomates.. huhu.. malu aku.. nak citer kat org lain memang taklah.. memang malu giler.. ade ke naik kete minyak takde..

Pengajaran : Still cool jew in whatever condition you are.. Buatpe korang nak panik kan kalau benda tu kite boleh settle dengan cara berfikir secara rasional.. kalau panik, tak ke lagi susah nak berfikir?? sel-sel neuron pon tak boleh nak berfungsi dengan betol..



KEEP CALM N STAY COOL (-.-) 








Friday, May 31, 2013

FootSal...

Assalamualaikum... Salam Sejahtera :)

Pagi tadi ada Futsal Tournament anjuran Suksis UniSZA. I pon terlibat lah jugak.. As a player of BOYOT FC.. team Gabungan dengan Budak-budak LAw and saya sorang jelah Budak Akaun.. Kenapa nama team kami BOYOT?? hehe.. mestilah sebab kami semua boyot.. haha.. just kidding.. takde pape maksud actually, saje je suke-suke nak letak nama tuh.. rase comel je.. yeay!! Boyot comel..Kami comel.. hehehe.. ceit, perasan betol.. blah la.. :P

Disebabkan semalam tido lambat, so pagi tadi pon terbangun lambat jugak.. Sh*t!! camane boleh lambat bangun entah, rasenye dah ade yang kejot, tapi mate yang tak terbukak.. Dah taw lambat, bangun jer terus sarung jersi Oren (warna tema team BOYOT, tapi sempat lah cuci muka ngan gosok gigi k).. Unfortunately, terlepas satu game :( ok fine, kecewa..

muke baru bangun.. mata pon bengkak agi cam panda :)

Sampai-sampai jer dorang bising sebab aku lambat.. hee.. tp cam biase aku senyum jelah,cool, peace!! But seriously, macam dah jatuh cinta ngan futsal plak.. best rupenye main futsal nih, patot la ade orang kemaruk main futsal.. Kalau main sampai takleh nak stop :0 Same with Shahidan Fikri, die pon Kaki Futsal, pantang sikit lame tak main futsal, mulelah buat gian die.. Buktinye, sakit pon main jugak :P  Degil budak sorang tuh.. ( jangan marah edan :0 )

sambil-sambil tunggu turn team kitorang lawan, kami tengok yang lain-lain main dulu.. ceit, budak laki main futsal memang awesome la wa cakap lu!! teruja i tengok.. Skill dorang memang first class.. kalau budak perempuan, kami lebih banyak jerit-jerit rather than sepak-sepak.. jatuh takyah cakap lah, kalau budak laki 1 out of 10 yang jatuh, kami yang perempuan nih, asal nak sampai kat tiang gol je confirm sembah bumi.. 9 out of 10 kot.. terok terok :) hancur main futsal.. haha..

aku cakap ni berdasarkan pengalaman bermain pagi tadi k.. tengah-tengah nak rebut bola ngan pihak lawan (team NERD bukan SKEMA), aku sepak bola and then terjatuh sembah lantai :( sakit die mak aihhh, Tuhan je taw. Mase jatuh tu, aku dengar Tahir yang jerit 'wah, terbaek ecah jatuh'..  then die gelakgelak. Badri plak cakap, 'weyh nak tido balik bilik ah'.. kuang asam punye referee.. Mase tu aku tak pikir ape dah, dengar buat macam tak dengar jer.. yang penting nak kejar bola pulak nih.. First first okey lagi la, rase stabil agi.. then mase tengah tengah main tu, rase pening kepala yang teramat, mungkin sebab jatuh tu.. Tapi still jugak main sampai habes mase :)  semangat itu penting!!

Yang sadisnye aku dapat taw, ade orang sempat snap gambar aku jatuh tertongg*ng tuh.. huhu.. terok betol, patot la Tahir gelak kat aku.. memang buruk cara aku baring time tuh..haha.. tak sampai hati nak tengok :) nak tunjuk kat orang ape tah lagi..
We are BOYOT FC :) we choose orange :0

team biru memang hebat :)


bola aku!! bola aku!!

main tolak tolak pon ade ea?? haha

main atas angin tuh beb!! 

goal keeper kami  yg comey:)

perlawanan sengit antara skuad senior dan junior :)

As a conclusion ( ayat karangan BI mase sekolah dulu-dulu..hukhuk), Penat larr.. Dahla tak pandai main.. Kene pulak jadi Defender :)... banyak kali jugak bola yang Huda sepak kene kaki aku pulak tu.. dahla kuat.. macam nak patah kaki rase :P

By the way, a lot of enjoy dapat main futsal, hilang stress nak final.. :0  ngan mood stadi sekali hilang.. haha.. Burn dah hari ni sehari.. Takpe, demimu Suksis, aku sanggup!! (cehh, poyos) ..

cepat jer air habes :) sampai tak cukop ...
At last, semua busuk :P 
taw dah team sape yang giler giler nih.. opkos la Badri .. 

suksis yg sporting :)




So that's all from me :)
FootSal is the best game actually :0
Tak kenal maka tak cinta , right?

Happy study week and do the best for the Final Exam :)
Wish best of luck for you and me :D