Saturday, October 19, 2013

Cun Tapi Sombong :P

Assalamualaikum, Salam sejahtera ....
Tonight was a terrible night for me and my friends.. 
Terrible?? Sebabnye aku ni jenis yang susah jugak nak menyumpah orang sesuke hati aku.. 
Yelah, bende tak elok. Tapi malam ni aku failed.. Fail sebabnye aku termenyumpah jugak kat Fesbuk sebab marah yang amat sangat.. 
Ya Allah, free free je kan dapat saham? Astaghfirullahal 'azimm.. Gini la manusia, marah sikit jew Fesbuk, kecewa sikit twitter, tak puas hati pulak berjela-jela post kat blog..
Ye, malam ni aku pon buat bende yang sama.. Sebab marah, sebab tak puas hati dan kecewa dengan sikap manusia yang memilih bulu ( what i means here is pangkat, kedudukan, jantina )..  

Dah jadi lumrah, bile kutub yang same, tak akan pernah bercantum, right? Canggih mane pon teknologi, Kutub Utara tetap akan tertarik dengan Kutub Selatan jew.. Gitu la jugak kalau spesies homosapiens (manusia) nih.. 
Perempuan dengan perempuan jarang sekali boleh berkomunikasi dengan baik sesama sendiri.. Paham kan?? 
Straight to the point, kali ni aku nak share pasal servis layanan perempuan kepada perempuan.. aku taktaw la pulak lelaki dengan kaum kerabat diorang macamane layanannya, tapi for sure, kalau perempuan dengan lelaki, layanan die memang tip top la kannn (ayat tak puas hati).. Lelaki dengan perempuan pon okey jew.. 

Aku ngan member member pegi makan kat satu kedai nih.. Ade bende yang aku mengidam kat situ.. And first time jugak la aku masuk situ.. Expectation aku kat kedai tu memang high.. Tu yang aku ajak member gi makan kat situ.. Punye la sipu-sipu malu kami masuk kedai tu, ramai sangat puak puak lelaki kat situ.. Kami semua nak makan burger, so aku gi order burger kat depan.. Tapau nak makan kat hosel. Then kami masuk dalam cari tempat duduk, sambil tunggu burger siap, kami nak minum. 

Situasi pertama ---> Datang la sorang awek cun giler nak amik order kami.. Dah siap order air ape yg nak kami minum, boleh pulak awek ni tanye, "Minum je ke??" dengan suara yang kalau korang dengar, die macam nak cakap, "Kalau setakat nak minum air je baik takyah datang sini beb!"... Sentap kami dengar soalan awek nih.. Member aku bagitaw die kitorang da order kat depan.. Then die terus blah dengan muka yg takleh blah..Huh, temperature kami dah naik 5 darjah celsius daripada temperature asal kami.. 

Situasi kedua ---> Then, datang la pulak waitress lagi sorang nak ngantar air yg kami pesan.. Ni waitress lain pulak, gemok sikit.. Die datang letak air macam die nak campak jew.. Sebab dari jauh die letak.. Hinggakan member aku pulak yang kene pegang, macam dah nak terbalik je air tu. Better ko baling je dari jauh air tu akak oiii.. tak pun panggil je kitorang amik air tu sendiri, so takdela sentap sangat.. Tapi elok pulak die hantar air kat lelaki.. Letak kemain lagi sopan santun, lemah lembut.. ni yang lagi mendidih hati kitorang..

Situasi ketiga ---> Ni mase kat cashier, awek first yg ambik order kitorang tadi yg jage situ.. Muke die tak senyum langsung, pandang kitorang apetah lagi.. Memang tak lah.. Taw la aku ni tak cantek, aku tak suruh pon kau tatap, tenung dan hadap muke aku lame lame, but at least senyum la sikit, pandang kejap pon jadik lah sebab ko kan nak ambik duit daripada orang.. Ni main hulur je tangan, baik majikan ko ambik robot je jadi cashier, lagi bagus.. Robot pun mungkin akan cakap terima kasih, daripada kau diam membisu seribu bahasa.. 

Aku paling la menyampah kalau pelayan perempuan boleh menggedik gedik ngan pelanggan lelaki, layan elok jew, tip top, muka manis serta merta, tapi bile dengan pelanggan perempuan, boleh pulak buat muka kerek, muka sombong, rase nak penampau jew.. Ikutkan hati nak je report kat majikan kau tu. Tapi takdela aku ni kejam sangat nak buat cenggitu, but at least tolong la pandai hormat orang tak kira sape orang tu.. Ni tak pepasal dah berkurang orang nak jejak kedai tuh.. Aku pon takkan pergi dah kedai tu.. Ni la first and last time aku gi situ.. Kalau awal-awal taw macam ni, memang tak pegi pon.. 

Orang cakap, cantik belum tentu baik. Yang baik tu tak semestinya yang cantik jew.. Cantik luar, dalam belum tentu.. Selagi kite tak kenal someone tu, kite tak berhak nk judge die.. Kalau tak, takdela pepatah Melayu; tak kenal maka tak cinta. Dah kenal hati budi baru la boleh buat keputusan nak judge orang, ye dok?? 

Okey la, its time for sleep.. Goodnight everyone :) 

Yang kurik kundi, 
Yang merah saga, 
Yang Baik itu budi, 
Yang Indah itu bahasa .. 

P/s : Budi bahasa, budaya kita. 



Bile rase nak sombong, ingatlah bahawa senyum itu satu sedekah :) 
Senyum lah selalu... 

No comments:

Post a Comment