Tuesday, December 31, 2013

Botol Kebahagiaan 2014

Assalamualaikum.. Salam Final Exam :)

Kejap je mase berlalu. Rase macam baru je masuk Sem 5, belajar pon paham tak paham je, tup tup dah final exam. Arghh, gelabah weyh. Even dah taktaw berape kali amik exam, tapi nervous die tetap same. Tak penah berkurang, tapi makin bertambah ade la.. Nak nak killer paper.. Fuhh.. Bace tak paham, tak bace konfem tak boleh jawab. Usaha kene tetap usaha, Allah pon dah cakap, Dia takkan mengubah nasib sesuatu kaum tu melainkan kaum tu sendiri yang berusaha untuk mengubahnya. So, gambatte! Janji Allah itu pasti, kawan :)

Sem 5 di penghujung, 2013 pon menunggu mase untuk meninggalkan kita. Segala kenangan pahit dan manis akan tetap terpahat sebagai memori. Nak tak nak, memang tak boleh nak padam ape yang berlaku kat kite sepanjang setahun ni. Semoga tahun baru, 2014 akan menjadikan kita seorang yang lebih kuat. Kuat untuk meninggalkan segala kepahitan, kuat untuk melepaskan segala kemanisan yang mungkin tidak akan berulang lagi.. *ayat makan dalam* haha...

Esok dah 1 Januari, so malam ni let's countdown!!! Yeay!! Ajak pakwe, ajak makwe, ajak kawan kawan!! .. Ceh, berangan. Takpayah nak countdown sangatlah, awak tu kene study.. *sobs sobs*.. Actually, tak perlu pon nak countdown semua tuh. Kalau tak countdown pon, konfem konfem 12 malam tu memang ade. Kau tunggu ke, kau tak tunggu ke, mase tetap bergerak, berlalu, tanpa menunggu kau walau sesaat pon. Panjatkanlah kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana saya dan awak awak masih diberi kesempatan untuk bernafas dan menikmati tahun 2014 esok.



So, macam biaselah, ape azam awak awak? Saya?? Saya nak naikkan pointer saya, nak recover balik pointer yang jatuh teruk sem lepas *crying* .. Saya dah janji dengan mak,ayah, maksu.. Insyaa Allah, saya akan cube study hard and smart.

Dalam mase 365 hari, korang ingat tak ape yang buatkan korang hepi? Jenuh nak mengingat. Memang aku tak ingat. Tapi rase macam rugi la kite tak ingat bende yang boleh buatkan kite senyum bahagia. So, ape kate, start esok, first day in 2014, letak satu botol atas meja study ( for student) atau meja solek (for married). Botol tu nanti akan jadi botol kebahagiaan korang!!! Yeay!!  *gedik*.. Macamane? Setiap hari yang korang lalui nanti, bila ade bende yang happy kan korang, even bende tu happy yang biase biase je, korang tulis dalam kertas, then masukkan kertas tu dalam botol kebahagiaan. At the end of the year nanti, baru korang kosongkan botol tu dan tengok ape yang buat korang bahagia... Waa!!! Mesti best kan? Tetibe flashback kenangan kenangan manis. At least, kita bersyukur nanti yang kita ni tak selalunya diduga dengan bende bende yang sedih jew. Allah itu kan Maha Adil :)


Selamat mencuba. Sharing is caring. ^____*

Sincerely, 
Gogos. 

Saturday, November 9, 2013

My Man of Steel

Assalamualaikum... Hye, salam sejahtera to all :)

Just wanna tell the world that yesterday was my father's born day :)
It is 8th of November ..

My soul :) 
Dah 49 tahun dah rupenye ayah saya nih.. I'm proud of you, my man.. Ofkos la kan, semua orang akan bangga dengan ayah sendiri, baik or buruk die, he's still our own father.. Dia yang mencari nafkah untuk menyara keluarga, berpenat lelah siang dan malam hanya untuk sebuah kebahagiaan, supaya keluarganya dapat makan dan pakai yang cukup, dapat berteduh di bawah teduhan yang selesa.. Supaya keluarganya tidak mengeluh apabila melihat kelebihan yang ada pada keluarga yang lain.. Dengan didikan dan corak yang tersendiri, kita akan merasa cukup dan bersyukur dengan apa yang dianugerahkan kepada kita walaupun pada zahirnya kita terkurang daripada orang lain, tetapi kebahagiaan itu subjektif.. Hakikatnya, kekayaan bukanlah sebuah kebahagiaan.. Ada orang yang tak berharta lebih bahagia daripada orang yang kaya raya.. Kebahagiaan itu yang mendorong kepada sebuah kekayaan. *pikirla sendiri*

Dia mendidik saya supaya menjadi seorang yang menghormati kepada yg lebih tua serta yang muda, merendah diri dalam apa jua keadaan, bersyukur dengan apa yang ada, bersabar dalam setiap dugaan, membantu someone yang memerlukan pertolongan, kerana kita tak tahu bile mase kita susah nanti, ade ke tak orang yang boleh tolong kita.. jangan terlalu mengejar dunia sehinggakan tercicir akhirat kita..

Boleh dikatakan mak ngan ayah kite nih dah corak kite dengan sebaiknye dah.. Tapi kite jew yang kadang-kadang salah membuat pilihan, sama ada dipengaruhi atau mempengaruhi. Mungkin silapnya kita sendiri, bukan salah mereka secara keseluruhannya.. So, decide la jalan hidup kita sebaiknya..


Anak First yang manja :)
Last but not least, Selamat menyambut hari lahir, my ayah.. Tabah lah dalam menghadapi segala ujian dan perangai pelajar-pelajar dan guru-guru yang bermacam-macam kerenah di sekolah tu.. Pasti akan ade manusia yang ingin menjatuhkan kite kerana sifat iri hati diorang.. Manusia takkan berpuas hati selagi ape yang mereka inginkan tak tercapai.. Kerana sifat manusia itu sendiri yang tamak dan cemburu dek kerana nafsu mengaburi mata mereka.. Harap segalanya selesai dengan cara yang aman dan damai antara satu sama lain..

kadangkala, apabila kita berdiam diri, ada pula manusia yang memijak kepala kita, tetapi apabila kita melawan, kita dikatakan kejam dan lupa diri.. Lumrah hidup, semestinya begitu.. Hanya dengan iman dan kesabaran sahaja boleh menjadikan manusia itu kuat menghadapi ujian dan dugaan yang sebegini..

< Sebagai seorang anak, aku sangat-sangat sedih bila ada manusia yang sanggup menjatuhkan ayah aku sedangkan di depan kami sekeluarga, mereka berpura-pura baik.. Rupenye kebaikan mereka hanyalah untuk mengaburi mata kami semata-mata.. Dengan itu, mereka dapat dekat dengan keluarga kami dan mencari kesalahan ayah aku.. Aku cuma berharap suatu masa nanti, mereka akan sedar...  >

That's why i called my father, Man of Steel...  ^__^

Saturday, October 19, 2013

Cun Tapi Sombong :P

Assalamualaikum, Salam sejahtera ....
Tonight was a terrible night for me and my friends.. 
Terrible?? Sebabnye aku ni jenis yang susah jugak nak menyumpah orang sesuke hati aku.. 
Yelah, bende tak elok. Tapi malam ni aku failed.. Fail sebabnye aku termenyumpah jugak kat Fesbuk sebab marah yang amat sangat.. 
Ya Allah, free free je kan dapat saham? Astaghfirullahal 'azimm.. Gini la manusia, marah sikit jew Fesbuk, kecewa sikit twitter, tak puas hati pulak berjela-jela post kat blog..
Ye, malam ni aku pon buat bende yang sama.. Sebab marah, sebab tak puas hati dan kecewa dengan sikap manusia yang memilih bulu ( what i means here is pangkat, kedudukan, jantina )..  

Dah jadi lumrah, bile kutub yang same, tak akan pernah bercantum, right? Canggih mane pon teknologi, Kutub Utara tetap akan tertarik dengan Kutub Selatan jew.. Gitu la jugak kalau spesies homosapiens (manusia) nih.. 
Perempuan dengan perempuan jarang sekali boleh berkomunikasi dengan baik sesama sendiri.. Paham kan?? 
Straight to the point, kali ni aku nak share pasal servis layanan perempuan kepada perempuan.. aku taktaw la pulak lelaki dengan kaum kerabat diorang macamane layanannya, tapi for sure, kalau perempuan dengan lelaki, layanan die memang tip top la kannn (ayat tak puas hati).. Lelaki dengan perempuan pon okey jew.. 

Aku ngan member member pegi makan kat satu kedai nih.. Ade bende yang aku mengidam kat situ.. And first time jugak la aku masuk situ.. Expectation aku kat kedai tu memang high.. Tu yang aku ajak member gi makan kat situ.. Punye la sipu-sipu malu kami masuk kedai tu, ramai sangat puak puak lelaki kat situ.. Kami semua nak makan burger, so aku gi order burger kat depan.. Tapau nak makan kat hosel. Then kami masuk dalam cari tempat duduk, sambil tunggu burger siap, kami nak minum. 

Situasi pertama ---> Datang la sorang awek cun giler nak amik order kami.. Dah siap order air ape yg nak kami minum, boleh pulak awek ni tanye, "Minum je ke??" dengan suara yang kalau korang dengar, die macam nak cakap, "Kalau setakat nak minum air je baik takyah datang sini beb!"... Sentap kami dengar soalan awek nih.. Member aku bagitaw die kitorang da order kat depan.. Then die terus blah dengan muka yg takleh blah..Huh, temperature kami dah naik 5 darjah celsius daripada temperature asal kami.. 

Situasi kedua ---> Then, datang la pulak waitress lagi sorang nak ngantar air yg kami pesan.. Ni waitress lain pulak, gemok sikit.. Die datang letak air macam die nak campak jew.. Sebab dari jauh die letak.. Hinggakan member aku pulak yang kene pegang, macam dah nak terbalik je air tu. Better ko baling je dari jauh air tu akak oiii.. tak pun panggil je kitorang amik air tu sendiri, so takdela sentap sangat.. Tapi elok pulak die hantar air kat lelaki.. Letak kemain lagi sopan santun, lemah lembut.. ni yang lagi mendidih hati kitorang..

Situasi ketiga ---> Ni mase kat cashier, awek first yg ambik order kitorang tadi yg jage situ.. Muke die tak senyum langsung, pandang kitorang apetah lagi.. Memang tak lah.. Taw la aku ni tak cantek, aku tak suruh pon kau tatap, tenung dan hadap muke aku lame lame, but at least senyum la sikit, pandang kejap pon jadik lah sebab ko kan nak ambik duit daripada orang.. Ni main hulur je tangan, baik majikan ko ambik robot je jadi cashier, lagi bagus.. Robot pun mungkin akan cakap terima kasih, daripada kau diam membisu seribu bahasa.. 

Aku paling la menyampah kalau pelayan perempuan boleh menggedik gedik ngan pelanggan lelaki, layan elok jew, tip top, muka manis serta merta, tapi bile dengan pelanggan perempuan, boleh pulak buat muka kerek, muka sombong, rase nak penampau jew.. Ikutkan hati nak je report kat majikan kau tu. Tapi takdela aku ni kejam sangat nak buat cenggitu, but at least tolong la pandai hormat orang tak kira sape orang tu.. Ni tak pepasal dah berkurang orang nak jejak kedai tuh.. Aku pon takkan pergi dah kedai tu.. Ni la first and last time aku gi situ.. Kalau awal-awal taw macam ni, memang tak pegi pon.. 

Orang cakap, cantik belum tentu baik. Yang baik tu tak semestinya yang cantik jew.. Cantik luar, dalam belum tentu.. Selagi kite tak kenal someone tu, kite tak berhak nk judge die.. Kalau tak, takdela pepatah Melayu; tak kenal maka tak cinta. Dah kenal hati budi baru la boleh buat keputusan nak judge orang, ye dok?? 

Okey la, its time for sleep.. Goodnight everyone :) 

Yang kurik kundi, 
Yang merah saga, 
Yang Baik itu budi, 
Yang Indah itu bahasa .. 

P/s : Budi bahasa, budaya kita. 



Bile rase nak sombong, ingatlah bahawa senyum itu satu sedekah :) 
Senyum lah selalu... 

Monday, October 7, 2013

Minyak Tak Ade :/

Assalamualaikum... Salam Sejahtera  :)

Long time no see ya... It's sooooo soooo long... :(
How I missed my Blog damn much...
Tak menyempat nak update..
Sebab tak larat nak bayar Berudband Maxis tuh... haha..

Okey, so ceghite die hari nih...
Today was a good day for me..
Hah!! Good ke?? emm, so far so good lahh...
The experience was good :)

Story die bermula dengan Suksis.. Yes, kami semua dapat arahan untuk serahkan penyata nombor akaun bank kami kepada jurulatih before this Wednesday.. As you know, Suksis (sukarelawan polis siswa/i) kan dapat ELAUN... Bile dengar je ELAUN, macam waaahhhh!!! Heaven giler.. Best nye masuk Suksis, dpt elaun.. haha.. jangan terpedaya dengan semua tuh.. memang la dapat elaun,, tapi biase larr, lambat2 sikit.. dah lame dah kami2 menunggu elaun yg tak kunjung tiba tuh masuk bagai air dalam akaun kami... Mungkin rezeki kami dah nk masuk tak lama lagi nih... best best!! *lompat lompat*

Aku tengok diorang dah ramai yg bagi penyata nombor akaun kat wakil Skuad kami.. Ramai yg merungut sbb depa semua tak ingat depa letak kat mane buku akaun / penyata asal yg diorang dah ade.. Aku?? Memang bukan Ecah la name die kalau tak lupe kan... haha.. Aku pon same lupe mane la aku letak bendalah tuh.. 98% di antara kami yg guna Bank Islam, aku sorang jew yg guna Bank yg kepala Harimau tuh.. Bank Islam tak heranlah, sebab memang wujud kat UniSZA nih, so dorang blh gi amik penyata kat situ jew, but me?? Terpaksa la ke Bandar Kuala Terengganu semata-mata untuk penyata nombor akaun yg seciput tuw jew.. macam tak berbaloi.. So, I decided to go there by today because hari nih je yg free.. Lagipon semalam Ummi call, duk bebel pasal nombor Maxis aku.. Mahal katenye nak call sebab anak die pakai Celcom.. Nombor Maxis tu ade, tp dah kene block.. So, alang-alang kangkung, terus la settle semua bende hari ni terus.. Malas nak pikir dah lain kali..

So, sewe la kereta ngan sorang student nih.. Kereta sewe, biase la kan kalau meter minyak tu duk kelip kelip.. biasenye ade minyak lagi.. So, sedap la berlengah-lengah, lambat-lambat g buh minyak.. Sempat lagi hantar Sue (my roomate) pegi Klinik, pegi amik buku dgn Azzi.. Dah settle sume bende dlm U nih, so nak gerak g bandar dah.. Berdua je dgn Farah sbb yg lain ade kelas..

Suddenly  :
Farah : Kuatnye bau..
Aku : Bau?? Bau ape Farah?? Perfume ke?? Ecah tak bau pon?? *curious*
Farah : Emm,, bau mcm petrol..
Aku : Ooo yeah?? (At the same time aku kembang2 kan hidung nak amik bau jugak sbb aku mmg tak bau pape pon mcm yg Farah ckp tu...) And then,
Aku : Haah la Farah, ecah pon bau petrol.. Kuatnye bau die.. (Dalam hati, kenape ye?? Leaking ke?? ish, risau pulak ngan kereta nih.. ke rosak?? ) *but muke maintain cool je lagi*
But then, I felt weird. Like something is wrong somewhere.. And then automatically aku rase ape yg aku pikir tu betol..
Aku : Eh eh,, minyak takde laaa *suara cool and langsung tak panic*  
Cepat cepat aku ke tepi, parking elok elok supaya tak ganggu laluan orang.. Alhamdulillah, elok je aku parking, kereta tu terus mati tanpa segan silunye.. Tapi Farah yang panik dulu, haha.. aku tergelak tengok Farah..

Otak dah ligat nak cari mangsa untuk mintak tolong.. Pikir punye pikir ,aku mintak tolong ngan member yg aku agak agak tengah takde kelas time tuh.. First, call Huzaimi, mamat tu tak mandi lagi.. then mintak tolong Alip, nasib baik laaa Ya Allah... Tggu alip punye la lame.. Smpai Farah dah berpeluh-peluh kepanasan.. Tapi Alhamdulillah,, problem settled... Lega, Alahamdulillah.. Alip pesan suruh terus g buh minyak, dah masuk minyak 20 hengget pon, still lagi meter minyak tu tak reti reti nak naik.. Duk kelip kelip situ jugak...Farah dah mengamok-ngamok dah.. Aku gelak jew la yg mampu..

On our way :
Farah : Ecah, ko nih!! Takde perasaan betol la.. Minyak takde pon ko boleh lagi muke Cool jew.. rilex.. aku yang gelabah, aku dah ingat aku yg kene tolak kereta nih..
Aku : hahahaha... dahtu ko nk suh aku buat muke camane Farah oii?? dah memang muke aku ginie..
Farah : Huh, bagus la aku duk sebelah org yang tak panik nih...

After kejadian tuh, aku asyik kene kutuk jew ngan farah... katenye, (Ehh ehhh, minyak takde laaa) .. hahaha... Balik2 jew Farah cepat jew citer kat roomates.. huhu.. malu aku.. nak citer kat org lain memang taklah.. memang malu giler.. ade ke naik kete minyak takde..

Pengajaran : Still cool jew in whatever condition you are.. Buatpe korang nak panik kan kalau benda tu kite boleh settle dengan cara berfikir secara rasional.. kalau panik, tak ke lagi susah nak berfikir?? sel-sel neuron pon tak boleh nak berfungsi dengan betol..



KEEP CALM N STAY COOL (-.-) 








Friday, May 31, 2013

FootSal...

Assalamualaikum... Salam Sejahtera :)

Pagi tadi ada Futsal Tournament anjuran Suksis UniSZA. I pon terlibat lah jugak.. As a player of BOYOT FC.. team Gabungan dengan Budak-budak LAw and saya sorang jelah Budak Akaun.. Kenapa nama team kami BOYOT?? hehe.. mestilah sebab kami semua boyot.. haha.. just kidding.. takde pape maksud actually, saje je suke-suke nak letak nama tuh.. rase comel je.. yeay!! Boyot comel..Kami comel.. hehehe.. ceit, perasan betol.. blah la.. :P

Disebabkan semalam tido lambat, so pagi tadi pon terbangun lambat jugak.. Sh*t!! camane boleh lambat bangun entah, rasenye dah ade yang kejot, tapi mate yang tak terbukak.. Dah taw lambat, bangun jer terus sarung jersi Oren (warna tema team BOYOT, tapi sempat lah cuci muka ngan gosok gigi k).. Unfortunately, terlepas satu game :( ok fine, kecewa..

muke baru bangun.. mata pon bengkak agi cam panda :)

Sampai-sampai jer dorang bising sebab aku lambat.. hee.. tp cam biase aku senyum jelah,cool, peace!! But seriously, macam dah jatuh cinta ngan futsal plak.. best rupenye main futsal nih, patot la ade orang kemaruk main futsal.. Kalau main sampai takleh nak stop :0 Same with Shahidan Fikri, die pon Kaki Futsal, pantang sikit lame tak main futsal, mulelah buat gian die.. Buktinye, sakit pon main jugak :P  Degil budak sorang tuh.. ( jangan marah edan :0 )

sambil-sambil tunggu turn team kitorang lawan, kami tengok yang lain-lain main dulu.. ceit, budak laki main futsal memang awesome la wa cakap lu!! teruja i tengok.. Skill dorang memang first class.. kalau budak perempuan, kami lebih banyak jerit-jerit rather than sepak-sepak.. jatuh takyah cakap lah, kalau budak laki 1 out of 10 yang jatuh, kami yang perempuan nih, asal nak sampai kat tiang gol je confirm sembah bumi.. 9 out of 10 kot.. terok terok :) hancur main futsal.. haha..

aku cakap ni berdasarkan pengalaman bermain pagi tadi k.. tengah-tengah nak rebut bola ngan pihak lawan (team NERD bukan SKEMA), aku sepak bola and then terjatuh sembah lantai :( sakit die mak aihhh, Tuhan je taw. Mase jatuh tu, aku dengar Tahir yang jerit 'wah, terbaek ecah jatuh'..  then die gelakgelak. Badri plak cakap, 'weyh nak tido balik bilik ah'.. kuang asam punye referee.. Mase tu aku tak pikir ape dah, dengar buat macam tak dengar jer.. yang penting nak kejar bola pulak nih.. First first okey lagi la, rase stabil agi.. then mase tengah tengah main tu, rase pening kepala yang teramat, mungkin sebab jatuh tu.. Tapi still jugak main sampai habes mase :)  semangat itu penting!!

Yang sadisnye aku dapat taw, ade orang sempat snap gambar aku jatuh tertongg*ng tuh.. huhu.. terok betol, patot la Tahir gelak kat aku.. memang buruk cara aku baring time tuh..haha.. tak sampai hati nak tengok :) nak tunjuk kat orang ape tah lagi..
We are BOYOT FC :) we choose orange :0

team biru memang hebat :)


bola aku!! bola aku!!

main tolak tolak pon ade ea?? haha

main atas angin tuh beb!! 

goal keeper kami  yg comey:)

perlawanan sengit antara skuad senior dan junior :)

As a conclusion ( ayat karangan BI mase sekolah dulu-dulu..hukhuk), Penat larr.. Dahla tak pandai main.. Kene pulak jadi Defender :)... banyak kali jugak bola yang Huda sepak kene kaki aku pulak tu.. dahla kuat.. macam nak patah kaki rase :P

By the way, a lot of enjoy dapat main futsal, hilang stress nak final.. :0  ngan mood stadi sekali hilang.. haha.. Burn dah hari ni sehari.. Takpe, demimu Suksis, aku sanggup!! (cehh, poyos) ..

cepat jer air habes :) sampai tak cukop ...
At last, semua busuk :P 
taw dah team sape yang giler giler nih.. opkos la Badri .. 

suksis yg sporting :)




So that's all from me :)
FootSal is the best game actually :0
Tak kenal maka tak cinta , right?

Happy study week and do the best for the Final Exam :)
Wish best of luck for you and me :D


Colgate Hot & Spicy

Assalamualaikum... Hai olss :)

Dah lame budak pemalas nih tak update belog die :) heee...
Well, u know me, I memang pemalas.. Pemalas giler !!!
Bile nak berubah ni???  (tanya diri sendiri)...
Kalau terus-terusan malas macam nih, sape yang nak nanti?? huhu...

Ahhh,, it's not the time lagi lah nak pikir pasal pasangan hidop nih..
Hidop sendiri pon totally bergantung ngan parent agy, ade hati nak pikir sal pasangan hidop.. lupekan jelah :)
To my future husband, terimalah saya ape adenye :)

Nak ceghite pasal malas nih memang banyak ah..
Salah satu nye la kan... Jeng jeng jeng....

Aku nih memang jenis yg banyak stok sabun mandi, sabun basuh, shampoo, berus gigi, ubat gigi, dan semua-semua lah yang sewaktu dengannye.. Selalunye aku akan guna sampai dah nak hampir-hampir habes je then aku bukak baru.. Dah ade yang baru, yang lame aku biar jela dalam bekas mandi aku tuh..  *padahal malas nak buang* Hah, bertambah lah barang dalam bekas tuh, penuh.. Dengan pencuci muke yang entah bermacam-macam jenis function nye lagi :) Semak lah dalam bekas tuh..

Ade la satu hari tu kan, mase tengah nak gosok gigi, tengok tengok ubat gigi dah tinggal seciput jer :( .. Disebabkan malas nak pergi ambik dalam bilik, aku belek-belek la dalam bekas mandi tuh.. Sekali jumpe la ubat gigi lagi satu..yang aku tak habeskan isi kandungannye dan tak buang.. Tapi, same jugak SIKIT die tuh.. Dengan rase geniusnye, aku terpikir nak campur je dua-dua ubat gigi tuh, so no need to take a new toothpaste at that time, lega lah :) cukuplah untuk pakai kali nih.. Lepas ni dua-dua ubat gigi nih dah boleh buang lah ...

* Boooo, PEMALAS !!! **

Mase tuh aku langsung tak terfikir 'cause and effect' kalau aku hentam dua-dua ubat gigi tu sekali gus ... Mase tengah gosok gigi tuh.. Fuhhh,, PEDAS die semacam weyh.. Kalah KFC Hot and Spicy.. Tak tahan rase die.. Padahal dua-dua Colgate, cume perisa je lain-lain... Bajet tak jadi masalah la, rupenye ubat gigi pon tak suke kene MIX... haha.. KIMIA memang cepat menunjukkan reaction dan chemical process dorang..  After 10 minit pon aku tetap rase pedas,.. Rasekan, sape suruh malas sangat kan.. haha..

So, that was moral of the story for me that day :) After kejadian tuh, ubat gigi nak habes jer terus get ready awal-awal letak dalam bekas mandi :) taknak dah buat kerje gile lagi main campur-campur ubat gigi.. Cukup lah sekali aku rase macam budak-budak yang tak suke gosok gigi sebab ubat gigi tu pedas sangat... Mungkin lepas ni boleh cuba ubat gigi perisa Strawberi, Anggur atau Paddlepop..heee

#Kalau nak malas tu berpada-pada lah kawan.. heee..

K, Bye :)


Ni lah ubat gigi yang aku MIX tuh.. heee

Saturday, April 27, 2013

BEWARE, PRU is just around the corner !!!




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... :)

Hai uolls.. How are you?? Hope semua sehat sehat belake lah.. Al-maklumlah sekarang ni kan musim "demam" PRU..  Demam kat sini means EXCITED lah.. Semua orang tengah teruja dengan kePANASan yang melanda bumi Malaysia leni.. Korang pulak ape cer??  Interested or not in this situation?? Chop chop,, kalau nak kate minat dan sangat berminat tu, pastikan dulu yang korang betol betol boleh mengundi untuk PRU-13 kali nih.. Jangan duk minat ssaje je,, semangat je lebih, tapi ape yang ko boleh buat untuk Malaysia kalau ko tak sampai umur atau ko tak daftar mengundi pon?? So, baik yang macam macam korang ni just keep quiet je lah dulu.. kiki.. (Sorry kalau terkasaq bahasa).. Tapi kalau sekadar nak bagi opinion tu it's okay la,, but jangan melebih,, sape suruh tak daftar kan..hehe :)

Congrates untuk semua yang dah bergelar sebagai pengundi sebab korang memang ade rase tanggungjawab yang tinggi untuk memilih pemimpin negara kita.. Congrates Malaysian!!! I love uolls :)  and this entry not actually about PRU lah, sikit sikit je nak bagi pendapat, sebab aku pon tak pandai sangat nak berpolitik because I'm not a politician.. Even politician sendiri pon gagal untuk berpolitik secara MATANG.. Ade lah segelintir.. Sorry to say..

Aku ni bukannye nak bercerita aku berpihak kat sape sape, NO IT ISN'T !!!  Sebab aku pon macam dah bingung dengan situasi dan keadaan sekarang nih.. Seriously, bukan aku sorang je yang rase macam ni, ramai lagi mahasiswa/si yang sama feeling macam aku nih.. Ramai yang keliru nak buat keputusan..

Malaysia is a Democratic country :) So, tak salah kalau nak bagi pendapat sikit kan?? We can speak!!



Senang cerita aku memang dah jarang nak online FB sekarang nih.. Taw kenape?? Sebab aku dah muak, rase serabut.. Masing masing duk mengate dan memfitnah.. Si A kate kat B, then si B pon bidas balik buat fitnah kat si A.. But the question mark now is betol ke ape yang dorang ni duk habaq?? Media sosial kot, macam macam orang boleh buat nak porak-perandakan kita kita nih.. Cerita cerita yang tersebar tuh betol ke?? Entah entah orang lain yang buat cerita then duk post.. Pastu ramai ramai gi tekan LIKE and SHARE.. pastu keluar la pendapat yang berbeza-beza.. Then mulalah orang ni tak setuju dengan yang tu, then yang tu pulak menyampah dengan pendapat yang ni.. A lot of things can happen right??

jangan sampai jadi macam ni pulak sbb politik :)


Tapi sedarlah, sedang sedang kite duk mengata orang nih, duk memfitnah orang tuh, kite sedar tak sape yang menciptakan kita?? Allah kan?? Allah cipta kita semua nih same jer, ade kelebihan dan kekurangan. So kite disuruh supaya bersatu dan melengkapi antara satu sama lain, supaya tak nampak cacat celanya kita nih.. dimana kita perlu saling ingat-mengingati, nasihat-menasihati antara satu sama lain supaya kita semua dapat mencapai keredhaan Allah S.W.T.. Sebab tu lah adenye Rasul dan Nabi..  :)

Bagi aku semua orang tak sempurna, same jugak dengan parti politik nih.. Sama ada kerajaan ke pembangkang ker, aku nampak ade kekurangannya.. Maksud aku tak perfect la.. Yes,, mustahil la nak semua bende perfect kan.. So kita tak boleh nak kate yang tu tak bagus, yang ni tak bagus because dua dua ade baik dan buruknye.. Sebab tu kene berpegang pada garis panduan yang telah Allah sediakan untuk kita dalam ape jua keadaan, kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.. In shaa Allah  :)

Setiap orang ade pendirian masing-masing kott.. So kita takde hak nak halang cara orang tu berfikir macamane.. Tapi please lah, ko janganlah sampai nak kutuk kawan kawan ko sendiri weyh.. Kesian aku tengok.. Kita bersaudara, sedar sikit weyh.. Ade simbiosis antara kite.. Kalau aku nak ceghite pasal simbiosis kat sini memang jenuh lah.. Ko buatlah penilaian sendiri tentang bakal-bakal pemimpin ko, then atas kertas mengundi nanti ko pangkah la yang ko rase mane yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara.. No need lah nak luah luah perasaan kat FB, twitter, keek, instagram, youtube bagai and also belog macam aku nih.. haha



Even ko tak suke dengan satu satu parti tu ko jangan lah over mengate atau memfitnah depa sebab ko taktaw pon the real situation tu macamane.. Sebenarnye kadang kadang tu bukan salah parti tu pon tapi individu tu yang menjadikan pembawakan parti tu macam tu.. That is why orang cakap manusia ni pentingnye kat HATI jer, baik hati kite, maka eloklah perangai kite.. toksah dok dengki, sombong, kerek, mengate orang tak tentu pasal, marah marah bende yang remeh, terlalu taksub, and so on..

Kalau ko tu baik, ko tak payah dah nak paksa paksa orang nak meraih undi, sebab orang dah boleh nilai sendiri perangai ko tuh camane.. Nak berparti tu boleh tapi tolonglah jauhkan dari memfitnah, berdosa kot fitnah ni, lebih dashyat daripada membunuh weyh.. Astaghfirullahal 'azimm.. Cakap je pendirian ko and then orang akan nilai ko melalui pembawakan ko dalam berpolitik ni macam mana..  Pikirpikirkanlah.. Dan selamat memangkah :)



P/s : Pesanan untuk diri sendiri dan uolls, kita perlu berubah daripada seorang yang tidak bagus kepada yang the good one. and the good being the better.. the better need to be the best :) What you gives, you get back..  we need to complete each other.. Yang talam 2 muka tu berubahlah jadik satu muka balik.. itulah yang terbaik.. anda jaga aib orang, Allah akan tutup aib anda :) jangan berbangga dengan apa yang  dimiliki kerana semua tu tak bersifat kekal pon..

Vlog from Matlutfi ni pon bagus jugak, check it out..
Credit to matlutfi :)



 






 

Sunday, April 21, 2013

M. A. L. A. S.

Assalamualaikum, salam sejahtera :)

Mornink :)

Mungkin ada yang dah dibuai mimpi saat saat macam ni.. Mungkin jugak ada yang masih bertungkus-lumus menyiapkan esaimen yang perlu dihantar esok atau bila-bila mase je yang terdekat ni mungkin.. *Saya pon* haha.. Baru je siapkan esaimen Taxation.. Sumpah susah, tak gheti nak buat aihh... Tapi bedal jelah..haha.. Yang penting siap..

Kalau ikutkan memang dah lewat sangat dah ni, esok ade kelas pukul 9 pagi.. Taktaw la pukul berape bangun nanti, yang penting 6.30 pagi dah kene bangun semayang Subuh :) ...

Tak suke!!! Seriously tak suke bile terpaksa tidor lambat sebab siapkan esaimen and at the same time I need to tidy up my room by hook or by crook tonite.. Huh, malu kat ghumet aku weyh, katil ngan meja setadi dah macam tongkang pecah atau lebih sesuainye lagi memang terok daripada tongkang yang pecah tuh!! Aish, kalau mak aku taw nih, memang kene bebel 3 hari 2 malam lah gamaknye.. atau lebih lagi..haha ..

Aku taktaw la kenape after mid-sem break hari tuh lepas je balik ke U ni balik, I'm totally changed. Makin malas.. Ape kejadahnye entah ngan aku nih.. Nak kemas tempat sendiri pon malas, nak belajar pon malas, nak buat esaimen lagi lagi lah malas.. Pendek kata semua bendelah aku malas nak buat.. Yang teruknye jugak nak makan pon malas.. haha.. *Baguslah, kurus sikit kan* Hope so, but unfortunately not :( ...

Alang-alang kangkung (kangkung takde kene mengena dengan ceghita aku nih, sorry dan abaikan) dah kemaskan katil ngan meja nih terdetik kat hati nak sapu bilik sekali.. Wow, dah terlebih rajin la pulak.. So aku pujuk hati nih supaya bersabar, sapu bilik esok je.. Buang tebiat ke ape nak sapu bilik saat saat cenggini?? Nampaknye hati dan logik akal aku boleh terima pujukan aku, so the result is aku akan sapu bilik ni besok :) Har, rajin tak rajin tak?? Tapi jangan la pulak esok mood malas aku nih datang balik :(

Korang ada tak suggestion ubat ape ape untuk penyakit malas yang terlampau yang macam aku nih??? Tak kesah la ubat atau ape ape solution, janji aku berubah jadi sedikit rajin and a little bit motivated lah..

Gambar bilik yang bersepah ... :)  (gambar disekat)

Please, Help me!!! I hate my laziness !!!

Thanks for your help.. Goodnite :) Sleep tight and have a sweet dream :)

* JANGAN JADI MALAS DAN PEMALAS YE ANDA-ANDA SEMUA*

Sunday, March 24, 2013

Neng Neng Nong Neng

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Neng neng nong neng neng neng nong neng neng nong neng... bla bla bla..

Ish mesti kome semua cakap ape la yang budak nih merepek merapu kan???
Except if korang pernah dengar lagu nih, so that you will understand lah...
Actually aku pon taktaw lagu nih wujud kat bumi nih..
Aku ni kaki youtubing.. But I'm not a vlogger like Aiman Azlan, Anwar Hadi, Mat Lutfi, Maria Elena and the others,  I'm just a watcher of that millions videos in youtube.. Tengok je yang mampu :)   peace!
Mase tengah tengah explore youtube tu la aku TERjumpe lagu Neng Neng Nong Neng nih by T.R.I.A.D...


At first rase macam pernah dengar... Baru ingat yang sebelum tu aku dengar lagu ni kat radio Era tapi lagu parodi untuk calon calon yang ambik ghezat SPM.. Ape ke pelik lagu nih duk neng neng nong neng.. Gamaknye ade la maksud di sebaliknye, maklumlah lagu indon.

Then I found something that interesting for me to talk about which is lagu nih bukan la lagu hasil karya ciptaan Ahmad Dhani tapi  hasil 'ciplak'an dari orang lain.. Korang taw tak Indonesian Idol?? Penah tengok tak?? Aku pon tak penah tengok, tapi taw la pasal ni.. Kalau cam kite nih Malaysian Idol, kalau gaya omputih, American Idol.. Dasar jenis negara seghumpun Malaysia dengan Indon, tu yang meniruk negara orang je taw..haha... Jangan marah, realiti kott..

Ghupe ghupenye lagu nih Ahmad Dhani beli ngan soghang peserta ujibakat Indonesian Idol tu, name die M. Ridho, seorang penjual roti yang berumur 21 tahun (lagi muda daripada aku kott).. Asalnye die nak 10 jutak, tapi a. Dhani nak beli dengan harga 5 jutak jer kalau duit Malaysia around 1600 hengget gitu la kott.. Macam tak berbaloi je die jual kat A. Dhani. But at least he become the famous one jugak la after that kat Indon tuh. Siap perform lagi kat Dahsyat (ala ala gaya MeleTop tuh).. Lagu ni pon macam dapat sambutan jer..


Suara M. Ridho nih agak sengau la sikit bagi aku, tapi masuk je ngan lagu nih.. Suara die yang menjadikan lagu nih bertambah unik.. Seorang yang biasa yang telah menjadi luar biasa.. Bravo for you bro :)

Lain lain video yang best untuk korang tonton :-




P/s : Fatin ngan Awan band nih from X-Factor Indonesia..  Awan band suke campur campur lagu sampai aku pon dah keliru lagu ape yang die nyanyi sebenarnye.. By the way, memang have fun.. Kagum dengan suaranya Fatin Shidqia Lubis.. Awesome,, tak padan dengan kecik.. huhu..

Thursday, March 14, 2013

F. R. I. E. N. D.

I'm hurting a lot today.. For my bad.. It was a worst bad for me.. I'm so sorry for hurting you too.. But I din't realized it.. I'm not the perfect one.. And it is possible for me being the PERFECT because I'm only a human being.. Just like the others.. But people will change right?? We can't deny that fact 
(is it actually a fact?? huhu).. I will change to a better person.. Hopefully.. Thanks to you :0 

Please hold onto me.. When everyone telling their sad and happy with their room mates or soul mates, I haven't had a change to do that.. Poor me, but it is okay because I had you, if not I didn't have anybody else here for sharing my likes and my dislikes :)  as well as sharing and doing a lot of things together ..  


It was U who cheer my day :)

But I still LOVE you until DIE  <3
me + you = us...
MISS U dude... 
 What to do, hari ni sehari suntuk takde mood..hee,..
 By the way, ada hikmah di sebalik semua nih.. 
I will remember the words.. 
So, jom tido.. 
Semoga hari esok lebih indah dan hari hari berikutnya lebih lebih lagi indah.. 
Salam and nites :)

Sunday, March 10, 2013

Jom Heboh - Terengganu

Assalamualaikum dan Selamat Pagi... 

Aduh,, my legs feel like broken into pieces (ceh, bajet kaki sama macam pinggan pulak)... Baru balik Jom Heboh kot.. Malam ni penutup, so ade la konsert, aku sempat dengar Hattan nyanyi jer. Aku pon taktaw sangat actually ghetis mane yang datang Terengganu nih.. Macam semua yg biase biase jer, kalau tak mesti lar ramai yg tak berganjak dari depan stage tuh. But what I can see is people just ignoring the concert and keep on walking towards the booths on the street for buying the 10 ringgit Malaysia of goody bags. Tapi ade je yang duduk dan berdiri tengok the concert tuh. Tapi lagi ramai yang not interested toward the concerts... HAHAHA (gelak jahat)..

Ingat nak la jugak beli something but nothing interesting la. Tinggal booth Lipton, Sunsilk ngan Ribena je yang ade.. Har, Fernleaf lagi satu.. Aku takde anak lagi nak beli susu tepung tuh.. Booth lain tinggal khemah ngan signboard jer.. Takpela, tak dapat beli barang pon, at least if someone ask me, pegi jom heboh tak?? so that i can answer proudly, Pegi!! ramai giler orang weyh.. Cepat betol barang habes, aku dapat sampah jer, kotak yang depa dah buang.. haha.. bangga la jugak.. boleh berlagak sikit sikit. Sebab bukan semua orang pergi kan, ngan keadaan crowded macam tuh, tak ramai yang suka.. Tapi lagi ramai yg suke..

suasana jom heboh..

Pulau Warisan...
On the way balik, the rest of my body macam nak cramp, penat sebab First day kawad pagi tadi setelah dua bulan tak kawad. Kalau tak, takdela penat kot. Azzi pulak nak pegi makan, perut aku macam dah full sebab petang tadi dah makan nasi kat cafe. Furthermore, I had a sore throat. tak selesa nak makan. tu yang takde selera, kalau tak, ape orang bagi, aku terima dengan kedua dua tapak tangan aku nih.. hehe..

Then sampai la kat satu restoran nih... Name Restoran biarla rahsia, takot nanti korang semua pegi Ushar pulak..hehe.. First impression, hah??!! makan kat sini je ker Azzi??? dalam hati, mesti tak berapa nak sedap nih, sebab takde selera kan, macam macam songeh la.. So, order Sirap limau ais jela.. Ceh,, datang sorang waiter (a man), wahh,, senyum die,, Melting kot.. hehe.. Comel jer orangnye.. Smile sokmo.. Lagi melting bile aku macam blur blur taktaw nak order ape, die senyum jer sambil angguk.. Cehh, nampak la kesabaran melayan customer di situ.. Senyum die sampai telinga, mata yang dah sedia sepet tuh sampai tertutup.. hehe.. So Cute!! Imiey, malam esok pegi lagi eah situ.. hehe.. takpe, setiap malam gi makan kat situ pon takpe, setiap malam makan malam pon takpe, gemok pon takpe, I sanggup.. hehe.. demi abang waiter tuh.. haha.. ayat gatal.. (takyah nak desperate sangatlah kan)..

Lepas ni dah nampak dah tempat mana nak pegi makan dan lepak.. hehe.. Thanks to Imiey sebab bawak datang sini, kalau tak, tak dapat la tengok keindahan ciptaan Allah ni..  hehe.. Astaghfirullahal'azimmm... Gatai sunggoh.. Tak salah sekadar suke dan admire rasenye, asalkan tak buat kerje gile.. Tapi kalau nak couple ngan sape sape lepas ni, memang tak dah.. Sebab macam kate sorang kawan lelaki saya, kebanyakan lelaki zaman sekarang couple kerana nafsu jer, jarang yang betol betol ikhlas, ade tu memang lah ade.. Tapi tak ramai.. Die cakap die taw perasaan lelaki sebab die pon lelaki.. die pon sama macam lelaki yang lain jugak. sebab tu sampai sekarang die tak couple sebab sebelum ni die dah rase berdosa dengan ape yang dia dah buat..

But don't be wrong, korang mesti cakap perempuan pon same jugak kan.. Ye, memang same, sebab tu lah perempuan kene lebih berhati hati dalam hal dan bab macam ni.. Kadang kadang tu salah perempuan jugak sebab perempuan yang melebih lebih, tu yang lelaki suke ambik kesempatan.. Kadang kadang tu perempuan yang goda lelaki dulu, and sometimes perempuan tak goda pon, lelaki pulak yang start dulu.. Hmm, dah lumrah manusia katekan, tapi apepon kite kene pandai jage diri.. Nafsu boleh dikawal dengan iman, iman tak boleh diukur dari luaran.. Hanya Allah sahaja yang mengetahui segalanya..

Thanks to him.. Die banyak mengajar saya erti kehidupan. katanye kalau betol lelaki tu ikhlas sayang kat kite, dia akan sanggup tunggu kita nanti.. Kalau couple pon, janji manis macam macam, belom tentu die jodoh kite..

P/s : saya takkan mencintai orang yang tak cintai saya sepenuh hati dan seikhlas hati die.. So, conclusion nya, saya admire abang waiter tu dalam hati je lah.. hehe.. Tapi kalau ade jodoh, ALHAMDULILLAH :)

buat muke tembam.. kami kurus.. haha.. POYO!!

Ceh, bajet abang waiter tu pandang aku la kan.. haha.. Mimpi jela aku nih.. Saya sedar diri okey, so no need to kutuk kutuk saya lah.. hehe..

Jumpe booth ni kat jom heboh tadi.. (harga tergedik gedik!!) haha.. AWESOME man!!!
It's time to sleep now.. Already late.. K bai.. Salam :)

Tuesday, March 5, 2013

Hari Keputeraan Sultan Ganu

Telah tercatat dalam Kalendar Malaysia bahawasanya hari ni (4/3/13), Terengganu cuti sebab meraikan hari Keputeraan Sultan Terengganu.. Tapi tak sure pulak Sultan Mizan atau anak Sultan Mizan... Yang penting, dapat cuti.. Sehari pon jadik lah, tapi kalau seminggu, lagi la jadik.. hehe.. So ramai la student student yang keluar menghabiskan duit pity-pity-end (konon nak bahasa inggeris la nih), biasiswa, BB1M (voucher buku) dan macam macam lagi lah..

Kalau ikutkan hati aku nih, memang malas dah nak keluar daripada UniSZA nih.. Mane tak nye, banyak kenangan aku kat luar sana tuh.. So lebih baik aku terperap je dalam bilik aku, lepak atas katil atau lepak kat meja study.. Lagipun mood macam swing je 2, 3 hari nih.. Sedih semacam, mengalahkan mati laki jer aku nih.. Aku pon taktaw ape pasal aku macam nih.. Hampeh betol.. Kerje nak mengalirkan air mata jer.. Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini.. 

Disebabkan Azzy member yang tersayang memaksa aku teman die keluar, so aku kuatkan jugak hati dan mulut untuk berjanji dengan die.. Aku cakap okey jer.. Kalau bukan sebab Azzy yang paksa, memang aku tak keluar dah satu sem nih.. hehe.. Sedih jugak bile dengar azzy cakap, Kite dah lame tak keluar sama sama kan Chah??? Teringat zaman zaman kami Sem 1 ngan 2 dulu, kuat benar bejalan.. Aku nih memang hantu bejalan sebenarnye.. Tapi yelah, manusia boleh berubah kan?? Seperti aku sekarang ni la. Berubah jugak nak ke tak nak.. 

First pegi Mydin, tak beli pape pon, just beli air mineral 5 liter je, buat bekalan.. Then pergi Giant, tetibe dari jauh ternampak tempat mainan, macam ade bende yang menarik kaki aku melangkah ke sane meninggalkan azzy tanpa sempat memberitahu aku nak ke situ.. Mule lah nak jadik perangai cam dulu dulu balik,, perangai childish.. Pantang nampak toys, terus senyum sampai telinga.. Masa duk cuci mata kat area tuh, tetibe ternampak Saidina.. Teringat zaman kecik kecik dulu, suke sangat main Saidina nih.. Sebab ada banyak duit.. Dah lame tak main, rase macam nak main sangat, so Beli lah.. 

Murah jer.. 20 hengget Malaysia jer.. Boleh bawak gi mana mana..

So, alang alang dah keluar, aku bercadang la nak menghabiskan BB1M aku sebanyak 50 hengget kat PSI.. Sakan la berborong keperluan keperluan untuk belajar, habes la jugak dalam 57 hengget Malaysia.. Puas hati sebab dapat beli semua yang nak.. Thanks to bajet 2013.. hihi.. Sebelum pegi PSI, kami pegi melantak dulu kat Secret Recipe. Dah lama mengidam nak makan Noodle in Tom Yum Soup die.. Fuhh,, sedap!! Pedas sangat!!! Berasap lubang telinga ngan lubang hidung..hihi..

Saya order set C tu lah.. 17 hengget je pon.. tapi tak termasuk servis cas ngan gomen cas lagi tuh..
This is my favourite at SR  <3


Dah lepas makan, ingat nak duk lame lame sikit kat situ.. Aku yang dah kempunan nak main Saidina terus ajak azzy main.. hehe.. Sakan la kat dalam SR tuh.. Oghang dok nengok jeeee!!!! (gaye citer ape celoopp)..
Tapi ade aku kesah??? Selagi aku tak buat salah, buat ape nak pikir ape orang cakap kan??? Kami main sampai Azzy dah takde mood, sebab die yang kalah..hehe.. duit die tinggal RM 50 ngan RM100 jer.. 

harta harta saya ... hehe
Bersepah giler kitorang main.. oghang duk nengok jerrr!!!



Ermm, mata pon dah mengantok.. Pergi cari azzy merate, ingat hilang ke kene culik.. Alhamdulillah selamat.. Takmo buat gitu lagi ea Azzy.. Sayang awak .. Sebab tu risau.. Lain kali henfon tu charge sampai 100%.. Then jangan pulak tinggal, bawak with u.. Naseb baik esok kelas petang.. K bai :)

Donashi time with Azzy :0  and him... huhu

Friday, February 22, 2013

Happy Birthday Sweet XX !!!!

Assalamualaikum , dan Salam sejahtera...to all of you yg sudi menjenguk belog saya yang ala kadar je nih... tak macam belog belog kome semua atau belog belog orang lain... :)

Alhamdulillahirabbil 'alaminn......
Syukur ke hadrat Ilahi...
Maka dengan ini, genaplah umur saya di dunia yang fana nih...
Erm,, nak bagitau pun serba salah..
Sebab takot ade yang terase..
Almaklumlah, saya ni mude lagi...
Baru jer 18 tahun.. 
18 + 4...
Har, tulah umur saya...
Muda lagi lar JUGAK...hehe...

Mungkin saya dah terlewat update belog saya nih, maklumlah, mensebokkan diri dengan macam macam hal.. 
I supposed to update this on 20th of February last day but sadly I can't... 
First af all, thanks to my mom sebab dah lahirkan saya ke dunia nih... Tanpa ummi, saya tak mungkin dapat merasa apa yang saya rasa sekarang... Terima kasih jugak kepada ayah yang telah bersusah payah bertungkus lumus untuk memBESARkan saya seperti adanya sekarang... Selalu menasihati saya tentang perkara perkara yang meLAGHOkan saya.. Juga memberi TEKANAN dan PRESSURE kepada saya untuk melihat saya berjaya.. hahaha

Tidak lupa juga kepada kawan kawan saya yang tersayang yang telah menyanyikan lagu SELAMAT (bukan lagu kassim selamat) untuk saya which is geng geng SUKSIS senior, junior dan intermediate.. Kene prank.. Saya dikatakan dibuang daripada Suksis sebab meniru dalam exam yang lepas.. Cehhh, ingat betol betol, sekali kene main ngan Cik K (jurulatih kesayangan)... Hampir menangis lah sebab malu dan taknak tinggalkan suksis, muka tunduk bawah jer masa tuh, pandang lantai yang tak berapa nak bersih (makcik cleaner tak sapu lagi kot, awal sangat masa tuh)..hehe

Thanks jugak kepada Kamarudin, sebab bagi hadiah Froggie yang cute (tapi Froggie takde baju, malu lar die)..huhu.... Even awak bagi awal, tapi Ummi bagi hadiah lagi awal..hehe... Especially to my BFF, Huzaimy Wahab ngan Azzy Hazimah, tak sangka pulak korang buat suprise kat Ecah, ingat nak belanja makan makan jer..huuhu... Thanks a lot darlings!!! Dengan adanya Azmeer, Farid, Hafiz (Jaapa), dan Shazwan (Awe), maka majlis yang sebegitu menjadi meriah dengan gelak tawa masing masing.. Happy bile tengok balik video kita kita time nih, gelak sorang sorang taw tak.. Korang memang AWESOME!!!! But sadly, Suza takde nak celebrate same same.. Rindu Suza a lot.. Kalau Huzaimy takde meeting, mesti die dah main jahat dah ngan tepung tepung kan.. Tapi mesti femes lagi satu U nih.. Memang SUKE bab bab MenCaPab nih (ayat sindir untuk orang orang yang sebok hal orang lain)..haha.. Tapi takpe saya dah maafkan kome semua.. Buat ape dendam, taw la salah kitorang jugak... 

So for kali nih, nak tunjuk la sikit hadiah hadiah yang saya dapat, bukan nak riak atau menunjuk nunjuk tapi kadang kadang kite perlu bangga dengan pemberian insan insan TERSAYANG... Sebab I really appreciate their presents to me.. Tak sangka, kite sedih sebab satu hal, tapi Allah kurniakan banyak lagi kegembiraan after that.. Alhamdulillah ya Allah.. Saya nak menjadi insan yang bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang.. So ape yang orang nak kate, katelah!!! Because I know, what I'm doing..

Baby Froggie yg tak pakai baju ni daripada si  dia,...   <3

This is my birthday cake... From Azzy and Huzaimy ..


4 out of 7 ... 


Farid pegang teddy yg Huzaimy ngan Azzy bg.. Azmeer pulak pegang cupcake...

Ni Pain yg bagi.. makin rajin lah menabung lepas ni..hehe

Huzaimy Giler tu memang tak sah kalau tak dajal kat saya,, die taw saya BENCI ngan barbie doll ni, die bg present.. memang terkejot!!! Anak saya nanti takkan bagi main bende2 nih.. 

 nNilah cupcake yg Azmeer bagi tu, katenye yg coklat tu drpd Farid, yg  putih Blueberry tu drpd die .. (ikut warne kulit)...

Selain drpd teddy, ade ferrero rocher, barbie doll, ade jugak berlambak lambak kertas dalam nih.. Huzaimy ngan Awe punye kerja kott...

Ni pulak drpd someone... Cadbury ngan Kain Baju kurung.. 

Ni pon drpd someone jugak...hehe.. Sayang sangat beliau..tak sangka jugak dapat.. 

Ni kad kononnya daripada Huzaimy ngan Awe... Touching giler mase bace kad nih.. hampir menangis kott...

This is all the presents yg dapat untuk birthday kali ni.. Alhamdulillah.. Thanks a lot ...
 So, that's all from me.. Hope all of you will pray for me.. Supaya cepat matang dan menjadi anak yg solehah bagi mak ayah, isteri yg baik bg suami, dan ummah yg berjasa kepada agama dan negara.. In Shaa Allah...

Rasa macam tak fair pulak tak masukkan gambar Awe ngan Hafiz... huhu