Saturday, November 9, 2013

My Man of Steel

Assalamualaikum... Hye, salam sejahtera to all :)

Just wanna tell the world that yesterday was my father's born day :)
It is 8th of November ..

My soul :) 
Dah 49 tahun dah rupenye ayah saya nih.. I'm proud of you, my man.. Ofkos la kan, semua orang akan bangga dengan ayah sendiri, baik or buruk die, he's still our own father.. Dia yang mencari nafkah untuk menyara keluarga, berpenat lelah siang dan malam hanya untuk sebuah kebahagiaan, supaya keluarganya dapat makan dan pakai yang cukup, dapat berteduh di bawah teduhan yang selesa.. Supaya keluarganya tidak mengeluh apabila melihat kelebihan yang ada pada keluarga yang lain.. Dengan didikan dan corak yang tersendiri, kita akan merasa cukup dan bersyukur dengan apa yang dianugerahkan kepada kita walaupun pada zahirnya kita terkurang daripada orang lain, tetapi kebahagiaan itu subjektif.. Hakikatnya, kekayaan bukanlah sebuah kebahagiaan.. Ada orang yang tak berharta lebih bahagia daripada orang yang kaya raya.. Kebahagiaan itu yang mendorong kepada sebuah kekayaan. *pikirla sendiri*

Dia mendidik saya supaya menjadi seorang yang menghormati kepada yg lebih tua serta yang muda, merendah diri dalam apa jua keadaan, bersyukur dengan apa yang ada, bersabar dalam setiap dugaan, membantu someone yang memerlukan pertolongan, kerana kita tak tahu bile mase kita susah nanti, ade ke tak orang yang boleh tolong kita.. jangan terlalu mengejar dunia sehinggakan tercicir akhirat kita..

Boleh dikatakan mak ngan ayah kite nih dah corak kite dengan sebaiknye dah.. Tapi kite jew yang kadang-kadang salah membuat pilihan, sama ada dipengaruhi atau mempengaruhi. Mungkin silapnya kita sendiri, bukan salah mereka secara keseluruhannya.. So, decide la jalan hidup kita sebaiknya..


Anak First yang manja :)
Last but not least, Selamat menyambut hari lahir, my ayah.. Tabah lah dalam menghadapi segala ujian dan perangai pelajar-pelajar dan guru-guru yang bermacam-macam kerenah di sekolah tu.. Pasti akan ade manusia yang ingin menjatuhkan kite kerana sifat iri hati diorang.. Manusia takkan berpuas hati selagi ape yang mereka inginkan tak tercapai.. Kerana sifat manusia itu sendiri yang tamak dan cemburu dek kerana nafsu mengaburi mata mereka.. Harap segalanya selesai dengan cara yang aman dan damai antara satu sama lain..

kadangkala, apabila kita berdiam diri, ada pula manusia yang memijak kepala kita, tetapi apabila kita melawan, kita dikatakan kejam dan lupa diri.. Lumrah hidup, semestinya begitu.. Hanya dengan iman dan kesabaran sahaja boleh menjadikan manusia itu kuat menghadapi ujian dan dugaan yang sebegini..

< Sebagai seorang anak, aku sangat-sangat sedih bila ada manusia yang sanggup menjatuhkan ayah aku sedangkan di depan kami sekeluarga, mereka berpura-pura baik.. Rupenye kebaikan mereka hanyalah untuk mengaburi mata kami semata-mata.. Dengan itu, mereka dapat dekat dengan keluarga kami dan mencari kesalahan ayah aku.. Aku cuma berharap suatu masa nanti, mereka akan sedar...  >

That's why i called my father, Man of Steel...  ^__^

No comments:

Post a Comment