Saturday, May 12, 2012

Kite Berbeza tapi Sama..

Macam macam cerita dan pengalaman yang kite lalui... Yang best nye setiap ape yang kita lalui tuh, tak same antara kite kite semua yang seramai 7 billion penduduk di muka bumi nih.. Allah tu Maha Besar dan Maha Bijaksana kan??? DIa boleh menciptakan kite dengan wajah dan pe'el (perangai) yang berbeza-beza, malahan boleh pulak sejarah hidup kite dijadikan dalam penceritaan yang berlainan sedangkan matlamat kewujudan kita di muka bumi ni same jer iaitu untuk beribadah kepadaNya yang Maha Esa... Subhanallah..

Kadang kadang terfikir jugak apa yang dicari dalam hidup nih??? Ape yang dikejar sangat sehingga matlamat hidup sebenar dilupakan?? Hanya semata-mata sibuk dengan pencarian di dunia jer, bekalan untuk ke akhirat belum tentu lagi mencukupi... Nauzubillah.. Tapi begitulah hakikatnye kalau kite taknak tertinggal di belakang.. Kite takot dengan gelaran "out-of-dated person"..

Memetik satu hadis Rasulullah S.A.W : “tidak dikira baik orang yang kejar akhirat semata-mata dan tinggal dunianya, dan tidak dikira baik orang yang kejar dunia semata-mata dan tinggal akhiratnya“. Maksudnye kite kene la seimbangkan dunia dan akhirat.. jangan berat sebelah, kene fair.. Kalau nak berpoligami pon kene fair, ini kan pula masalah dunia dan akhirat... Kalau lebihkan isteri muda, isteri pertama yang marah, kalau lebihkan isteri pertama, isteri muda pulak yang melenting.. Adoi, pening kan wahai kaum Adam??? Maka begitulah juga dengan dunia dan akhirat, kalau salah satu tak seimbang, paham2 lah..

Mentality Seseorang tu mengikut environment atau background cara mereka dibesarkan.. Ada orang yang dibesarkan tanpa ibu atau bapa mereka (kerana sebab sebab tertentu), ada orang yang hidup dalam keadaan yang serba mewah atau serba kekurangan, ada yang hidup bahagia atau sengsara, pendek kata, setiap yang berlaku ada antonim nya.. That's it LIFE.. Setiap yang berlaku tu ade hikmahnye... Jangan lah kite menghitung bende bende yang kite tak dapat kerana rahmat itu lebih besar kepada orang yang bersyukur.. Ingatlah segala kurniaan yang telah Allah berikan, kerana sesungguhnya setiap yang berlaku ada musababnye tersendiri.. Ada hikmah di sebalik semua kejadian..

Ada hikmah nye kenapa saya dapat UniSZA.. Ada hikmahnye kenapa saya dapat Kos Perakaunan.. Ada hikmahnya setiap semua nih.. So, bersyukur dengan ape yg ade kerana lebih ramai yang diluar sane yang tidak diberi peluang untuk merasa kehidupan di menara gading.. Yang penting, jangan sekali kali memandang rendah kepada orang lain. Kerana dalam Islam, semua orang adalah sama sahaja tarafnye.. Yang membezakan kite nanti adalah amalan dan bekalan yang kite bawa untuk ke akhirat kelak...



p/s : Jangan salahkan setiap yang berlaku.. Post ini adalah untuk diri sendiri terutamanya, juga untuk kawan kawan sebagai renungan bersama-sama.. Sesungguhnya saya juga adalah insan yang biasa sahaja.. Setiap kekurangan datangnya daripada diri saya sendiri dan setiap kelebihan itu datangnya daripada Allah S.W.T... Wallahu'alam...





No comments:

Post a Comment